SINOPSIS

Kolej Komuniti menawarkan kursus pendek bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat. Tujuan kursus adalah untuk meningkatkan taraf hidup, memberi galakan, menanam minat dan mendidik masyarakat mengenai Pembelajaran Sepanjang Hayat (Long Life Learning). 


KUMPULAN SASARAN 

Semua lapisan masyarakat termasuk peniaga / petani / bekerja sendiri / pesara / suri rumah / ibu tunggal / pelajar sekolah menengah / Orang Kelainan Upaya (OKU) / Siswa IPTA/S / lepasan sekolah / graduan IPTA/S / kakitangan Jabatan Kerajaan dan lain-lain individu yang berminat.

 

SIJIL PENYERTAAN

Dianugerahkan kepada peserta yang berjaya menghadiri dan menamatkan kursus.

 

TEMPAT KURSUS / LATIHAN 

Kursus dilaksanakan di Kolej Komuniti Kluang (KKKJ) atau lokasi/premis lain mengikut keperluan dan kesesuaian.