Kolej Komuniti Kluang telah mula beroperasi sepenuhnya usai Majlis Penyerahan Bangunan yang telah diadakan pada 7 April 2012. Pengambilan pertama pelajar bagi Kursus Sijil Modular Kebangsaan Baikpulih Kenderaan Ringan (Automotif) bermula pada 16 Julai 2012 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 1 merangkap Ahli Parlimen Kluang. Pada Julai 2016, pengambilan PERTAMA pelajar Sepenuh Masa bagi Program Sijil Terapi Kecantikan dan SPA telah dijalankan.

Kolej Komuniti Kluang ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.