- Details
- Editor
- Hits: 1525
Kolej Komuniti Kluang (KKKJ) beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, beretika, profesional, cekap dan mesra dengan memastikan perkara berikut :
| JENIS PERKHIDMATAN | PIAWAI KUALITI PERKHIDMATAN |
| Perkhidmatan Kaunter | Kami akan melayan anda dengan MESRA, AMANAH dan EFISIEN. |
| Maklumbalas Pelanggan | Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklumbalas awal dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima. |
| Pengurusan Kewangan | Memastikan setiap bayaran bil utiliti diproses dalam masa TUJUH (7) hari bekerja; |
| Memastikan bayaran bagi setiap perkhidmatan atau bekalan diproses dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja atau setelah dokumen lengkap diterima; dan | |
| Memastikan prestasi perbelanjaan mengurus tahunan KKKJ sekurang-kurangnya 99%. | |
| Pengurusan Pelajar | Memastikan proses pengambilan pelajar KKKJ mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta memaklumkan keputusan kemasukan dalam tempoh DUA PULUH (20) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan; |
| Melaksakan bayaran bantuan kewangan dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari bekerja selepas keputusan diumumkan kepada pelajar yang layak; dan | |
| Memaklumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja selepas semester pengajian berakhir. | |
| Pembelajaran Sepanjang Hayat | Kami akan memastikan peserta kursus menerima sijil penyertaan kursus dalam tempoh SATU (1) minggu selepas kursus dijalankan. |

